Sang Geliga Yang Rajin | Cerita Rakyat | Bahasa Melayu

 



Dalam sebuah hutan tebal, terdapat sekumpulan haiwan hidup dengan aman damainya.  Seekor monyet yang bernama Sang Geliga telah dilantik menjadi ketua oleh haiwan-haiwan di situ.


Sang Geliga tinggal di sebatang pokok sena. Di tepi pokok itu ada beberapa rumpun buluh.  Setiap pagi, semua haiwan berkumpul di bawah pokok itu untuk mendengar ucapan dan nasihat daripada Sang Geliga.


Sang Geliga selalu menasihati semua haiwan agar menjaga keindahan hutan yang didiami oleh mereka. Semua haiwan bertanggungjawab menjaga kawasan sendiri.  Contohnya, beberapa ekor ikan bandar raya ditugasi menjaga sungai supaya tidak tercemar.  Sekawan burung camar pula akan meninjau kawasan hutan itu agar tidak diceroboh oleh perosak alam.


Setiap petang, wakil haiwan akan menghantar sekeping catatan kepada Sang Geliga untuk memberitahu keadaan hutan itu.  Oleh itu, semua haiwan berasa amat gembira kerana habitat mereka sentiasa terpelihara.




Comments